Iklan

Sunday, August 1, 2021

Agihan Daging Korban Kepada KRT Taman Ixora Sumbangan Yayasan Budi Ihsan Malaysia

Yayasan Budi Ihsan Malaysia telah bekerjasama dengan KRT Taman Ixora, Surau Balai Islam Taman Ixora, BBST Sepang dan Persatuan Penduduk Taman Ixora - PPTI untuk mengagihkan 105 pek daging korban kepada penduduk Taman Ixora yang memerlukan.

Pengagihan telah disampaikan oleh Pengerusi KRT Taman Ixora/Surau Balai Islam Taman Ixora, Dr. Hj. Mohd Noor Bin Hj. Said dan Timbalan Pengerusi KRT Taman Ixora En. Mohd Salihin Bin Jelani seperti berikut:

Tarikh: 1 Ogos 2021 (Ahad)

Masa : 5.30 - 6.30 petang

Tempat: Kabin KRT Taman Ixora

Semoga sumbangan ini dapat memberi kegembiraan kepada penerimanya dan amalan ibadah korban diterima oleh-NYA. 













Thursday, December 11, 2014

Pertandingan Boling Keluarga Taman Ixora 2014



Tarikh : 28 Disember 2014 (Ahad)
Masa : 10.00 Pagi
Tempat : Dream Bowl, Pusat Sukan Airport, Nilai

Bayaran penyertaan RM20 seorang
- T-shirt percuma disediakan
- Bermain 2 game, cross lane
- 4 orang pemain bagi satu pasukan (pemilihan ahli pasukan bebas)

Penyertaan hanya terbuka kepada penduduk Taman Ixora sahaja.

Untuk tempahan awal sila whatsapp kepada Hasiady (019-2828422) atau Kamil (019-2233706). Sila nyatakan
1. Nama :
2. Umur :
3. Jantina :
4. Alamat rumah :
5. Saiz t- shirt :

Penyertaan terhad kepada 20 pasukan sahaja @80 pemain. Siapa cepat dia dapat.

Jom riadah bersama keluarga.

Friday, November 14, 2014

Majlis Berkhatan Beramai-ramai Taman Ixora 2014

Surau Balai Islam Taman Ixora dengan kerjasama Persatuan Penduduk Taman Ixora dan Kawasan Rukun Tetangga Taman Ixora akan mengadakan majlis berkhatan beramai-ramai bagi anak-anak Taman Ixora.

Tentatif atur cara seperti berikut:

8.00 pagi - Peserta dan ahli keluarga berkumpul di surau
8.15 pagi
  • - Bacaan doa oleh Imam Surau
  • - Ucapan aluan Pengerusi Surau
  • - Taklimat oleh Penolong Pegawai Perubatan Klinik Salak
8.30 pagi - Semburan air oleh BOMBA
9.00 pagi - Jamuan ringan
9.15 pagi - Majlis berkhatan dimulakan
12.00 tengahari - Bersurai

Penduduk berminat boleh berhubung dengan En Kamil dan En Hasiady.
Penyertaan adalah terhad. Siapa cepat dia dapat.

Monday, November 10, 2014

SRS: Penghantaran Borang e-IDRT dan Gambar Ahli

Kepada semua Ahli Skim Rondaan Sukarela (SRS) Taman Ixora (Zon A, B & C), dipohon untuk menghantar borang e-IDRT bersama-sama gambar ahli kepada Setiausaha KRT Taman Ixora.

Borang dan gambar boleh dihantar sama ada dalam bentuk hardcopy atau softcopy. Borang dan gambar dalam bentuk sofcopy boleh dihantar ke alamat e-mel krt@tamanixora.com dan dinamakan menggunakan no kad pengenalan masing-masing.

Borang e-IDRT boleh di pindah turun di SINI.

Tuesday, September 16, 2014

Program Ibadah Qurban 1434 Taman Ixora



Kawasan Rukun Tetangga Taman Ixora dengan Kerjasama Surau Balai Islam Taman Ixora dan Persatuan Penduduk Taman Ixora akan mengadakan Program Ibadah Qurban 1435 pada butiran berikut:

Tarikh : 5hb. Oktober, 2014 (Ahad) (Hari Raya Aidil Adha)
Masa : 10.00 Pagi (Selepas Solat Aidil Adha)
Tempat : Perkarangan Surau Balai Islam Taman Ixora

Harga bagi sebahagian Qurban adalah RM480.00 sahaja.

Penduduk Taman Ixora yang berminat untuk menyertai ibadah Qurban bolehlah berhubung dengan Setiausaha KRT atau Imam/ Bilal/ Siak/ Pengerusi/ Setiausaha/ Bendahari/AJK surau. Pada tahun ini surau memperuntukkan 5 ekor lembu Qurban sahaja. Keutamaan akan diberikan kepada penduduk yang berdaftar awal.

Monday, August 11, 2014

Penguatkuasaan Pelekat Kenderaan Taman Ixora dan Borang Survey Kawalan Keselamatan Taman Ixora

 



Persatuan Penduduk Taman Ixora dengan kerjasama Kawasan Rukun Tetangga Taman Ixora akan menguatkuasakan penggunaan pelekat kenderaan Taman Ixora kepada semua penduduk Taman Ixora mulai daripada 16 September 2014.

Tujuan utama pelekat berkenaan adalah untuk mengenalpasti setiap kenderaan yang keluar dan masuk ke Taman Ixora bagi tujuan keselamatan. Setiap pelekat berkenaan dikenakan bayaran sebanyak RM5.00 bagi sebuah kenderaan.

Dalam masa yang sama Persatuan Penduduk Taman Ixora dan Kawasan Rukun Tetangga Taman Ixora juga akan mengedarkan borang survey kawalan keselamatan kepada semua penduduk Taman Ixora.

Kepada penduduk yang ingin mendapatkan pelekat berkenaan bolehlah mengisi Borang Maklumat Penduduk yang dilampirkan. Borang yang siap diisi beserta bayaran bolehlah diserahkan kepada:

1. Mohd Hasiady Bin Yasin, Setiausaha PPTI  (019-2828422)
2. Ahmad Kamil Bin Zailani, Setiausaha KRT (019-2233706)
3. Hasrizam Bin Hasim@Hashim , Pen. SU (019-2336442)
4. Semua Ketua Lorong/ AJK PPTI

Sila klik di sini untuk muat turun borang permohonan pelekat kenderaan dan borang survey kawalan keselamatan Taman Ixora.

Monday, January 6, 2014

Gotong Royong Ganyang Aedes Taman Ixora 2014



Kawasan Rukun Tetangga Taman Ixora dengan kerjasama Persatuan Penduduk Taman Ixora  akan mengadakan program Gotong Royong Cegah Denggi Taman Ixora Tahun 2014 pada butiran berikut:

Tarikh : 12 Januari 2014 (Ahad)
Masa : 8.00 Pagi
Tempat Berkumpul : Surau Balai Islam Taman Ixora

Semua penduduk Taman Ixora dijemput menyertai program gotong royong ini.